Thursday, September 11, 2008

GATHERING BUKA PUASA

Salam,

Firts of all nak ucap salam ramadan utk arauian DBS96. Cadangan gathering ni dtg dari idea kekawan kita yg nak kita berkumpul semula. Pejam celik dah lebih 10 thn kita meninggal kan arau. Bermakna dah lebih 10 thn jugak la ade kekawan kita yg dah lama kita tak jumpa. Alangkah baiknye kalau kita dapat berkumpul semula. Dgn gathering ini bukan saja kita dapat bertemu semula, malah byk perkara yg boleh kita kongsikan bersama mungkin dari hal keluarga, karier, business dan lain-lain lagi. Almaklumlah ade kekawan kite yg dah berkeluarga, menjadi pegawai kerajaan, pengurus dan eksekutif di syarikat swasta dan korporat, pensyarah dan pendidik, ahli perniagaan etc. Dengan ini dapat merapatkan kembali silaturrahim.
Cadangan nak diadakan di rumah sahabat kita En Aslan Hafizi@Lan Bunch di KGSAAS SEK 13, SHAH ALAM, dimana beliau dgn bermurah hati bersetuju utk rumah beliau digunakan sebagai lokasi. Tarikh nye 20/9/2008 bersamaan hari Sabtu.

Diharapkan sahabat-sahabat yang berada di Lembah Klang dapat turut serta dan mereka yang berada di luar Lembah Klang sekiranya dapat hadir amatlah di alu-alukan dan dihargai. Oleh itu kekawan diharap dapat reply/response untuk kita dapatkan attendance list. Sekiranya dapat sambutan dan response yang baik kita akan teruskan seperti dirancangkan. Sekiranya tidak berjaya pun kali ini, kita akan merancang untuk masa yang akan datang INSYAALLAH. Untuk reply , just write comment. Semoga gathering ini dapat direalisasikan.

Wasalam.

Wednesday, July 30, 2008

Sunday, July 27, 2008

Thursday, July 24, 2008